Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Friday, 20 May 2011

Guru - Pahlawan Pembangunan Insan Cemerlang

Peranan guru sangat penting dalam era globalisasi sebagai pembina insan cemerlang yang akan memacu negara ke arah pembangunan ekonomi dan politik. Oleh itu, guru yang memiliki kemampuan maksimum diperlukan untuk menjayakan tujuan pendidikan nasional demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani,emosi, fizikal, intelek dan rohani. 

Apakah para guru menyedari bahawa dasar yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah mengariskan peranan guru yang sepatutnya mereka hayati? Falsafah Pendidikan Guru pula telah menyatakan dengan jelas apakah ciri-ciri guru yang sepatutnya para guru miliki supaya hasrat yang dirancang dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) tercapai.  Standard Guru Malaysia (SGM) pula menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Firma Allah swt:

"Dan perumpanaan orang yang menginfakkan hartanya untukmencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka,seperti sebuah kebun yang terleetak di dataran tinggi yang disiran oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan yang berlipat ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai).Dan Allah Maha melihat apa yang
kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 265)

Guru merupakan egen perubahan dalam pendidikan negara. Oleh itu tranformasi pendidikan akan dapat disempurnakan dengan cemerlang sekiranya guru bersama-sama berusaha melakukan perubahan secara menyeluruh daripada `biasa' kepada `luar biasa'.

 Guru perlu mempunyai rasa pertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi melahirkan modal insan minda kelas pertama. Potensi individu perlu dikembangkan secara berterusan melalui kurikulum mahupun kokurikulum. Guru harus mengintegrasi dan mempelbagaikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Inilah modal yang diperlukan oleh pelajar untuk melangkah gagah menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Biarlah insan pelajar yang bakal dilahirkan mempunyai ketahanan diri yang kuat seperti akar yang dapat menyusup segenap ruang tanah bukan dahan reput yang patah bila dipijak.

Justeru itu, guru hendaklah berusaha meningkatkan profesionalisme keguruannya dengan menjadikan sumber ilmu sebagai modal utama. Pencarian ilmu perlu diteruskan samada secara langsung maupun tidak langsung. Kecanggihan teknologi moden membolehkan pencarian maklumat merentas sempadan dunia. Hanya sikap dan minat yang menjadi pertaruhan kepada kejayaan.  

No comments:

Umrah Slideshow: Rusyati’s trip from Kedah, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Mengerjakan Haji Slideshow: Rusyati’s trip from Kedah, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.