Pada pendapat anda mengapakah proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah bilik darjah itu berjalan lancar tanpa gangguan disiplin? Para pelajar sangat berminat dan khusyuk mengikuti pengajaran guru dan guru pula begitu komited dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu yang diajar. Bagaimanakah guru tersebut dapat mengemudi kelasnya dengan begitu berkesan?
Bukan mudah bagi seseorang guru untuk mempastikan pengajarannya menarik dan berjalan lancar.Apakah petuannya? Semuanya bermula bila seseorang guru itu mengamalkan sikap sedar/peka terhadap apa yang berlaku semasa proses pengajarannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang sedar/peka merupakan seorang yang sensitif terhadap apa yang berlaku, sentiasa menyoal diri dan akan mengambil tindakan segera untuk membaiki kelemahan sekiranya hasil yang dingini tidak sama dengan apa yang diharap atau dirancangkan. Dengan kata lain guru tersebut mengamalkan tindakan reflektif iaitu satu bentuk inkuri refleksi kendiri terhadap amalan yang dilakukan, di mana guru menjadi lebih sedar terhadap amalan mereka sendiri dan menjadi lebih kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk membuat perubahan.
Bila guru responsif terhadap perlakuan pelajar, ini bermakna guru mengambil berat terhadap pelajar. Keinginan untuk dihargai dan diberi perhatian merupakan fitrah semulajadi manusia. Mengikut Nel Noddings (1992) " keinginan untuk mendapat perhatian merupakan ciri-ciri umum manusia".
Sementara itu, mengikut Abraham Maslow proses pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya setiap individu berjaya memenuhi keperluan-keperluan dalam Hairaki Keperluan Manusia . Sekiranya keperluan kepada makanan, pakaian, tempat perlindungan dan kasih sayang dipenuhi maka individu itu akan bermotivasi untuk mencapai keperluan yang lebih tinggi iaitu keperluan penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Sekiranya satu keperluan dalam hairaki tidak dapat dipenuhi maka individu tersebut akan menghadapi masalah kekurangan dan akan menganggu proses pembelajarannya.
Apa yang berlaku pada setiap awal tahun para pelajar sudah pasti mengharapkan guru yang akan mengajar mereka ialah seorang yang sentiasa memberi dorongan ke arah kecemerlangan, sentiasa mengambil berat dan sedia mendengar sebarang masalah yang dihadapi, sentiasa memberi perhatian dan menghargai kebolehan mereka. Pelajar yang mendapat perhatian dan bimbingan daripada guru akan merasa dirinya dihargai dan kesannya pelajar merasa selesa dan berminat untuk mengikuti pengajaran guru.
Oleh itu, guru yang dapat mempamerkan sikap keprihatinan yang tinggi dan berkeupayaan untuk memberi perhatian kepada lebih daripada satu perkara pada satu masa merupakan pengurus bilik darjah yang berkesan. Guru yang prihatin tahu apa yang berlaku dalam bilik darjahnya pada setiap masa. Mereka berkeupayaan untuk melaksanakan pengajaran dan pada masa yang sama memantau disiplin para pelajar. Dengan kata lain, mereka sanggup dan berupaya mengubahsuai pengajaran yang sedang berlaku sekiranya mereka mendapati para pelajar menunjukkan sikap bosan atau kurang selesa. Dan sekiranya guru mendapati ada dalam kalangan pelajar melakukan masalah disiplin ketika beliau sedang mengajar, guru akan bertindak segara membetulkan tingkah laku tersebut. Perhatian segara diberikan kepada tingkah laku pelajar ini akan menyebabkan pelajar merasa diri mereka diberi perhatian. Kadang-kadang para pelajar sengaja melakukan masalah disiplin semasa guru sedang mengajar hanya untuk menarik perhatian guru. Mereka dahagakan kasih sayang seperti yang dinyatakan dalam Teori Keperluan Maslow di atas.
Sikap guru yang ambil tahu, menggunakan "eye-contact", ekspresi muka, jarak guru-pelajar, gerak isyarat dan tindakan guru akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif. Oleh itu, amalan tindakan reflektif guru dalam pengajaran akan mewujudkan satu pengurusan bilik darjah yang terancang dan terkawal yang sudah pasti membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

No comments:
Post a Comment