Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tuesday, 10 May 2011

Pengajaran Berkesan-02

Assalamualaikum wbt. ...

Bagaimana mewujudkan pengajaran yang berkesan? 

Langkah pertama ialah mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif, selesa  dari segi fizikal dan emosi. Segala keperluan pembelajaran seperti kerusi dan meja mencukupi . Peralatan pembelajaran disediakan dengan lengkap.  Pengajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran & pengajaran yang menyeronokkan. Para pelajar dapat belajar dalam keadaan yang tidak tertekan emosinya. Para pelajar dapat menerima ilmu dan kemahiran dengan berkesan dan guru pula dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan berkesan sama ada secara langsung maupun tidak langsung.

 Dalam usaha mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini, guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai isu. Antaranya masalah disiplin para pelajar. Guru yang berkesan dapat mengawal keadaan /suasana dalam bilik darjah dengan melaksanakan  pengurusan disiplin bilik darjah. (Akan dibincang dalam bahagian lain).


  




Langkah ke-2. Kepelbagaian kaedah pengajaran.

 Perlu diingat bahawa tugas mengajar melibatkan proses mengubah tingkah laku pelajar. Oleh itu, pengajaran sepatutnya dirancang dengan kemas dan sistematik berdasarkan objektif pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Pengajaran akan disampaikan secara tersusun dan sistematik melalui strategi dan aktiviti yang kemas agar dapat menarik minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Pemilihan strategi/aktiviti bergantung kepada tajuk dan tahap kebolehan pelajar.Guru yang berkesan akan sentiasa mempastikan para pelajar dapat menguasai setiap pengajaran yang diajar. Apa akan jadi sekiranya para guru melaksanakan pengajaran seperti  Video 1.



Langkah 3: Penglibatan pelajar dalam proses pengajaran & pembelajaran

Pengajaran berkesan berlaku sekirannya para pelajar aktif melibatkan diri dalam proses P&P. Guru perlu mempastikan bagaimana dan bila untuk melibatkan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan motivasi pelajar.


No comments:

Umrah Slideshow: Rusyati’s trip from Kedah, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Mengerjakan Haji Slideshow: Rusyati’s trip from Kedah, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.